

KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ


galeri

latar belakang
Kolej Kediaman Ungku Aziz yang juga dikenali sebagai Kolej Kediaman Kesebelas (KK11) dibina pada tahun 1997. Kolej ini dibina untuk memuatkan pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, pelajar-pelajar Program Persediaan ke Jepun yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga mahasiswa Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda.
​
Pada 18 Disember 2004, kolej ini telah dinamakan sebagai Kolej Kediaman Ungku Aziz sebagai penghormatan kepada Allahyarham Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Aziz iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaya.
​
Kolej ini terdiri daripada 4 blok iaitu Blok A (Awana), Blok B (Bayu). Blok C (Flora) dan Blok D (Impiana). 2 blok untuk pelajar wanita dan 2 blok untuk pelajar lelaki. Kolej Kediaman Kesebelas ini boleh memuatkan kapasiti sebanyak 1164 orang pelajar.
​
Di kolej ini juga terdapat banyak kemudahan untuk para pelajar contohnya gelanggang sukan, kedai serbaneka, kedai fotostat, surau, ruangan belajar, kedai dobi dan banyak lagi.
LAGU KOLEJ
Lirik Lagu
​
Harum namamu megah
Terukir kini dalam sejarah
Engkau merintis langkah
Melahirkan ilmuan muda
​
Membara semangat
Membakar keringat
Berbakti kami kepadamu
​
(Chorus)
Kolej Ungku Aziz
Disini bermula
Melangkah gagah ke mercu jaya
Intelek dijana
Insani diperkasa
Memperteguh insipirasi
Berpadu setia
menjulang tinggi ke persada
BERTENAGA
​
Harum namamu megah
Terukir kini dalam sejarah
Engkau merintis langkah
Melahirkan ilmuan muda
​
Membara semangat
Membakar keringat
Berbakti kami kepadamu
Tajuk: Suara Semangat
Lagu & Lirik: Ajie
Susunan Muzik: Wan Saleh
Diterbitkan oleh: Ajie Productions
Tahun terbit: 2015
(Chorus)
Kolej Ungku Aziz
Disini bermula
Melangkah gagah ke mercu jaya
Intelek dijana
Insani diperkasa
Memperteguh insipirasi
Berpadu setia
menjulang tinggi ke persada
BERTENAGA
​
Inilah suara semangat kami
Bergema ke ruang angkasa
​
Harum namamu megah
Terukir kini dalam sejarah
Engkau merintis langkah
Melahirkan ilmuan muda
​
Membara semangat
Membakar keringat
Berbakti kami kepadamu
​
Kolej Ungku Aziz x5
maskot rasmi kolej



Nama maskot: Kumin
Logo rasmi Kumin